Panasonic NR-YW590Y Bedienungsanleitung
Panasonic
Kühlschrank
NR-YW590Y
Lies die bedienungsanleitung für Panasonic NR-YW590Y (108 Seiten) kostenlos online; sie gehört zur Kategorie Kühlschrank. Dieses Handbuch wurde von 17 Personen als hilfreich bewertet und erhielt im Schnitt 5.0 Sterne aus 9 Bewertungen. Hast du eine Frage zu Panasonic NR-YW590Y oder möchtest du andere Nutzer dieses Produkts befragen? Stelle eine Frage
Seite 1/108

Panduan Pengendalian
Peti Sejuk
Untuk Kegunaan Isi Rumah
No. Model: NR-YW590Y
Kandungan
Peringatan Keselamatan .........................
2
Langkah-langkah Penggunaan
Yang Selamat .............................................
4
Ciri-ciri...................................................... 6
Pemasangan ........................................... 9
Pengenalpastian Bahagian ................... 12
Panel Operasi .......................................
14
Kawalan Suhu ....................................... 15
Operasi ECONAVI .................................
16
Mod nanoeTM X ......................................
16
Quick Freezing (Penyejukbekuan Pantas)
....
17
Prime Fresh+ (Segar Terbaik+) ............. 17
rime Freeze (Pembeku Terbaik) P
.........
18
Mod Pembuat Ais Pantas....................... 20
Pembuat Ais Automatik Ditutup dan
Mod Pembersihan ................................. 21
Menetapkan Child Lock
(Kunci Kanak-kanak) .............................. 21
Ruang Peti Sejuk ...................................
22
Ruang Segar Terbaik .............................
23
Ruang Penyejuk Beku ........................... 24
Bagaimana Mencuci Peti Sejuk .............
27
Pengenalpastian dan Penyelesaian Masalah...
32
............................................. 36Spesikasi
■ BUKAN CFC
Unit ini menggunakan BAHAN BUKAN CFC seratus peratus untuk bahan penyejuk
(R600a) dan untuk penebatan (Cyclo-Pentane). Oleh itu, peti sejuk ini tidak merosakkan
lapisan ozon Bumi.
Terima kasih kerana membeli produk Panasonic.
Sila baca panduan ini dengan teliti dan patuhi amaran keselamatan di halaman 2-5 sebelum
menggunakan produk ini.
Sila pastikan tarikh dan nama kedai di mana anda membeli produk ini dicapkan pada kad
jaminan dan simpannya dengan panduan pengendalian. ARAH1E202970
P0122-0
Dicetak di Vietnam
MAL

Peringatan Keselamatan
Sila pastikan anda mematuhi Panduan ini.
Risiko kebakaran / bahan mudah terbakar
2
AMARAN
AMARAN
Tanda ini bermakna: Ia mungkin mengakibatkan
kecederaan parah atau kematian.
Tanda-tanda ini bermakna
perbuatan yang dilarang
Tanda-tanda ini bermakna perbuatan
yang diperlukan.
Tanda ini bermakna perkakas mesti dibumikan
untuk mengelakkan kejutan elektrik.
PERHATIAN
Tanda ini bermakna: Ia mungkin mengakibatkan
kecederaan atau kepincangan.
Jika tidak, ia boleh
menyebabkan kebakaran,
kecederaan dan kejutan
elektrik.
Apabila mengitar semula produk:
●
Sebelum menghantar peti sejuk untuk dikitar semula, sila cabutkan semua pelekat
pembuka pintu untuk mengelakkan kanak-kanak daripada terkurung di dalamnya.
●
Label amaran yang disebutkan di atas harus disimpan sepanjang hayat peti sejuk.
●Arahan pengendalian hendaklah diserahkan kepada sesiapa yang
akan menggunakan atau mengendalikan peti sejuk apabila peti sejuk
dipindahkan ke lokasi lain dan dihantar ke kilang kitar semula.
●Berhubung undang-undang tempatan, Siklo Pentana digunakan untuk
penebatan peti sejuk ini, apabila anda membuangkan unit ini, sila gunakan
kaedah yang betul dan jangan hapuskan dengan menggunakan api.
Sekiranya berlaku kecemasan:
●Kerja penyelenggaraan hanya boleh dijalankan di bengkel oleh pekerja
penyelenggaraan yang terlatih.
●Jangan menyimpan bahan yang mudah terbakar, misalnya penyembur
aerosol, dsb. dalam peti sejuk.
●Jangan gunakan peralatan elektrik seperti pewangi dalam peti sejuk.
Penyejuk yang terbakar boleh menangkap api dari percikan kenalan
elektrik dan boleh menyebabkan letupan.
●Jangan gunakan peralatan elektrik di dalam petak penyimpanan
makanan perkakas, kecuali jenis yang dicadangkan oleh pengilang.
●Jangan ceraikan komponennya, baiki atau ubah suai peti sejuk ini
sendiri. Jika anda ingin membaiki peti sejuk, sila hubungi pengedar
anda atau pusat servis yang sah.
● Jangan gunakan peranti mekanik atau sebarang cara lain untuk mempercepatkan
proses cair beku, selain daripada yang disarankan oleh pengilang.
iso-butane
iso-butane

3
Apabila menggunakan:
●Jangan rosakkan litar penyejukan (paip pada bahagian belakang).
●Jangan sentuh mesin pemampat atau paip, kawasan ini bersuhu tinggi.
●Jangan biarkan kanak-kanak bergayut pada pintu peti sejuk, ia boleh
terbalik dan menghempap kanak-kanak itu.
●Jangan letak sebarang bekas air di atas peti sejuk kerana tumpahan
air boleh menyebabkan kejutan elektrik atau pembakaran.
●Jangan letakkan pelbagai soket mudah alih atau bekalan mudah alih
di bahagian belakang perkakas.
●Pastikan pembukaan pengudaraan peti sejuk luaran atau struktur
terbina dalam tidak terhalang.
● Perkakas ini tidak bertujuan untuk digunakan oleh individu (termasuk kanak-kanak)
yang kekurangan kebolehan zikal, deria atau mental, atau kurang pengalaman dan
pengetahuan, melainkan mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh individu yang bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka.
●Kanak-kanak hendaklah diawasi bagi memastikan mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
Memasang:
●Betulkan peti sejuk untuk
mengelakkan bahaya akibat
ketidakseimbangan.
●Apabila meletakkan perkakas,
pastikan kord bekalan tidak
terperangkap atau rosak.
●Pastikan peti sejuk
dipasangkan ke soket yang
disambungkan dengan
sambungan pembumian.
AMARAN
Jika tidak, ia boleh
menyebabkan kebakaran,
kecederaan dan kejutan
elektrik.
Untuk palam dan kord kuasa:
●Jangan pasang atau cabut palam menggunakan tangan yang basah.
●Jangan biarkan kord atau palam rosak.
●Cabut palam kuasa semasa membersihkan peti sejuk.
●Pasangkan terus ke soket dinding dengan voltan terkadar arus terkadar
yang sesuai dan pasangkan palam sepenuhnya.
● Khususkan satu soket untuk peti sejuk sahaja. Elakkan daripada menyambung
banyak perkakas kepada soket yang sama dan buka sepenuhnya gulungan kord.
●Buang habuk yang terlekat pada palam kuasa dari semasa ke semasa.
●Jika kord kuasa rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, wakil servisnya,
Pusat Servis Panasonic yang Sah atau orang yang berkelayakan bagi
mengelakkan bahaya.
●
Jika anda mengesan bau terbakar, cabut palam kuasa dan alirkan udara di dapur.
●
Sila berhenti menggunakan peti sejuk dengan serta-merta jika sesuatu yang luar
biasa atau kegagalan berlaku. Contoh sesuatu yang luar biasa dan kegagalan.
- Kord atau palam kuasa panas luar biasa.
- Kord kuasa ada kesan torehan yang dalam dan cacat bentuknya.
- Anda dapat rasakan arus elektrik yang berdenyut denyut.
Produktspezifikationen
Marke: | Panasonic |
Kategorie: | Kühlschrank |
Modell: | NR-YW590Y |
Brauchst du Hilfe?
Wenn Sie Hilfe mit Panasonic NR-YW590Y benötigen, stellen Sie unten eine Frage und andere Benutzer werden Ihnen antworten
Bedienungsanleitung Kühlschrank Panasonic
16 Juli 2025
16 Juli 2025
1 Dezember 2024
1 Dezember 2024
26 November 2024
28 September 2024
5 September 2024
5 September 2024
5 September 2024
5 September 2024
Bedienungsanleitung Kühlschrank
- TESLA Electronics
- Fisher Paykel
- Nevir
- Dometic
- Magic Chef
- Juno-Electrolux
- Galanz
- Moulinex
- Eurotech
- Whynter
- Schneider
- Kernau
- Vollrath
- Omega
- Techfrost
Neueste Bedienungsanleitung für -Kategorien-
30 Juli 2025
30 Juli 2025
30 Juli 2025
30 Juli 2025
30 Juli 2025
30 Juli 2025
30 Juli 2025
30 Juli 2025
30 Juli 2025
30 Juli 2025